Monday, October 7, 2013

STOKING KASUT

HANYA RM10 SEPASANG!

KASUT KAIT BAYI

Kasut ini dikait dengan benang yang sangat selesa dipakaikan kepada bayi anda. Didatangkan dalam 12 warna dan corak yang tersendiri. Hanya RM20 sepasang.

PROTECTING KNEE PAD

Direka khas untuk melindungi lutut anak anda yang baru dan sedang belajar merangkak dari sebarang kecederaan. HANYA RM10 sepasang.

ZEBRA SOCKS

Stokin bayi yang sangat cantik dipakai oleh bayi anda.. Didatangkan dalam tiga warna dan dihiasi dengan reben dipergelangan kaki. HANYA RM25 sepasang.

2 IN 1 BLANKET

Blanket ini direka khas bagi memastikan bayi berasa seperti dalam rahim ibu. Boleh digunakan sebagai selimut biasa dan juga sebagai bedung bayi. Kain cotton yang sangat selesa dan tidak panas. HANYA RM35 sehelai.

Thursday, October 3, 2013

Pemakanan Semasa Laktasi

Mengapakah Pengambilan Makanan Yang Seimbang Penting Semasa Menyusukan Bayi ? Ini adalah kerana : Untuk membekalkan diet yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi Bagi menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi untuk perkembangan bayi Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung) Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung) Apakah Panduan Asas Pemakanan Semasa Saya Menyusukan Bayi? Kepelbagaian - Hendaklah makan dari semua kumpulan makanan makronutrien dan mikronutrien Mengikut porsi - Digalakkan meningkatkan pengambilan makanan dari kumpulan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh. Kesederhanaan - Mengehadkan pengambilan kuantiti makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu, kolesterol, gula, garam dan alkohol Aktiviti - Menyeimbangkan aktiviti fizikal dan pengambilan diet dalam seharian Berapa Banyakkah Penambahan Kuantiti Makanan Dalam Diet Sehari Perlu Di ambil? Paras Piramid Makanan Contoh Sumber Makanan Bagi Satu Hidangan Paras 1: Bijirin, hasil bijirin dan roti Saranan sukatan: 12 hidangan/sehari Satu hidangan Bijirin: ½ cawan nasi ½ cawan mi/mihun/pasta ½ tosai ⅓ capati 1 keping roti (putih/gandum) 1 cawan bubur nasi kosong 3 biskut tawar 3 sudu makan oat (tidak dimasak) Paras 2 : Buah dan Sayur Saranan sukatan: 3 - 4 hidangan/sehari Satu hidangan Sayur : (3 - 4 hidangan) /sehari ½ cawan sayur berdaun hijau (sudah dimasak) 1 cawan sayur berdaun hijau atau ulam (belum dimasak) Satu hidangan Buah : (3 - 4 hidangan) /sehari 1/2 biji jambu, mangga 1 biji pisang, epal, lai, pir, oren pear, orange 1 potong betik, nenas, tembikai 3 biji kurma 4 ulas nangka, cempedak 8 biji langsat, longan, anggur Paras 3 : Ikan, Ayam, dan Daging Saranan sukatan : 5 hidangan/sehari Satu hidangan Ikan, Daging, Ayam: ½ ketul paha ayam (saiz sederhana) ½ ekor ikan kembung (saiz sederhana) 2 ketul daging tanpa lemak (saiz kotak mancis) 1 biji telur Paras 4 : Susu dan Hasil Tenusu Saranan sukatan : 3 hidangan/sehari Satu hidangan Susu dan Produk Susu 1 gelas susu (250ml) 4 sudu makan susu tepung 1 cawan dadih 1 keping keju Paras 5: Minyak, Garam dan Gula Saranan sukatan : Kurangkan Apakah Kumpulan Makanan Yang Perlu Saya Makan Lebih Semasa Menyusukan Bayi? Perlu meningkatkan pengambilan makanan yang bersumberkan bahan nutrien seperti : Kalsium Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau. Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium. Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet Vitamin A Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna oren Vitamin B Kompleks Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati Suplemen perlu di sarankan bagi ibu mempunyai simpanan vitamin B komples yang rendah (terutamanya ibu yang mengamalkan vegetarian) Vitamin C Sumber :buah–buahan (oren, betik, kiwi) Tambahan suplemen tidak perlu bagi ibu yang mengambil makanan seimbang mencukupi Adakah Perlu Mengambil Suplemen (Makanan Tambahan) Dalam Diet ? Bagi ibu yang mengambil makanan mengikut saranan panduan pemakanan semasa laktasi, suplemen tidak diperlukan. Tetapi, terdapat ibu menyusu yang perlu mengambil nutrien tambahan (suplemen) bagi memenuhi keperluan nutrien khusus, jika pengambilan diet tidak mencukupi. Perlu diketahui, suplemen tidak boleh menggantikan hidangan makanan yang tetap. Suplemen boleh diambil menurut nasihat Doktor atau Pegawai Dietetik Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Cecair Semasa Menyusukan Bayi? 87 % daripada susu ibu adalah air. Di sarankan 8 – 10 gelas air setiap hari dan di galakkan minum segelas air setiap kali menyusukan bayi. Anda juga boleh mengambil jus, susu, sup dan teh herba. Minum lebih air bila bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas. Adakah Saya Perlu Berpantang Mengambil Makanan Selepas Bersalin? Makanan 'sejuk' - kangkung, tauge, kubis, timun, betik,nangka Makanan 'panas' - telur, ayam, daging, organ dalaman Makanan 'berangin' - teh, sayuran berkanji Makanan 'tajam' - nanas Makanan beracun - makanan laut dan kebanyakan jenis ikan Tradisinya, para ibu akan mengelak mengambil makanan 'sejuk' dan digalakkan mengambil makanan 'panas' semasa berpantang. Kesimpulannya, berpantang ini adalah hanya mengikut kepercayaan. Ibu yang menyusu dinasihatkan jangan hanya mengambil makanan daripada satu kumpulan sahaja Hendaklah pelbagaikan makanan seimbang terutama dari kumpulan buah dan sayur yang membekalkan serat, vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh badan.