Wednesday, September 25, 2013

Punca Kemandulan Wanita

Lazimnya bila wanita berkahwin semua akan tertanya-tanya setelah beberapa bulan mengapa dan kenapa tidak hamil lagi. Maka timbullah pelbagai cerita, pandangan serta kritikan yang negatif yang merencatkan perjalanan sesebuah rumah tangga. Malah mungkin ada suami yang mula bosan serta mencari jalan lain untuk mendapatkan cahaya mata. Maka timbullah isu kahwin dua. Perkara ini mungkin menakutkan bagi isteri yang bermasalah untuk hamil. Mungkin juga sudah kering airmata memikirkan nasib dan keadaan diri. Adakah anda sedar bahawa anda juga boleh hamil jika anda mengetahui punca kekurangan dalam diri anda. Kemandulan wanita berpunca dari ketidakseimbangan hormon dalam badan. Ia terhakis dengan gaya hidup, pemakanan serta pengunaan bahan kosmetik kecantikan yang mempunyai pelbagai bahan kimia yang mematikan sel endoktrin hormon. Dalam penyiasatan kes kemandulan, 60% tumpuan diberikan kepada pihak isteri. Punca kemandulan boleh dikesan dengan beberapa punca antaranya: 1) Kemandulan disebabkan penyakit dalam faraj 2) Penyakit dalam rahim 3) Penyakit dalam saluran tiub falopio dan kegagalan ovulasi (pengeluaran benih).

Rahsia Taugeh Untuk Kesuburan

Selain mengetahui masa subur, memakan tauge juga dapat meningkatkan kesuburan baik untuk lelaki mahupun wanita sehingga dapat membantu untuk cepat mendapat zuriat. Selain itu tauge kaya akan vitamin E yang dapat menghilangkan bintik hitam pada wajah, jerawat, menyuburkan rambut, tubuh langsing, membantu meremajakan dan menghaluskan kulit." dan paling best tauge ni murah dan mudah untuk dapatkannya..betul tak :) ==== Macam mana prosesnya : 1- Rendamkn kacang hijau segenggam selama 3 hari. 2- Selepas itu anak taugeh tu dibersihkn dan rebus. 3- Minum air tu selama kita period. Insyaallah berkesan..Ada yang amalkan sebulan selepas itu positif. Ow ya jangan lupa selawat bagi yang beragama islam :)

Wednesday, September 18, 2013

Punca Bayi Tertidur Kala Menyusu

Bayi yang kerap tertidur sewaktu menyusu, menimbulkan pelbagai spekulasi. Secara tidak langsung, hal ini boleh menjejaskan usaha menjayakan penyusuan eksklusif. Anggapan tidak benar tentang bayi yang tertidur sewaktu sesi penyusuan berlangsung boleh menimbulkan pelbagai masalah. Akhirnya, ia boleh mendatangkan kesan tidak baik buat bayi dan si ibu juga. Antara yang paling sering disalahtafsirkan ialah bayi sudah kenyang walaupun minum dalam tempoh yang singkat. Malah, ada yang menganggap bayi akan menangis jika lapar. Jadi, apabila bayi yang tertidur itu tidak merengek ketika puting dikeluarkan daripada mulutnya, maka penyusuan tidak perlu diteruskan. Tidak kurang juga ada yang beranggapan, bayi tidak suka minum susu ibu. Oleh kerana bayi menyusu sedikit atau sekejap dan dibimbangi dahaga, maka ada ibu memberi air kosong atau susu formula sebagai ganti. Idealnya, bayi akan menyusu dengan kerap mengikut kehendak di setiap satu setengah hingga dua jam sekali. Ini kerana proses pencernaan susu ibu mengambil masa yang singkat (60 hingga 90 minit) berbanding susu formula (tiga hingga empat jam). Namun, perlu dimaklumi bahawa setiap bayi mempunyai corak penyusuan yang berbeza. Secara amnya, penyusuan mengikut kehendak bayi hanya berlaku selepas bayi berumur tiga hingga empat minggu di mana ketika ini dia sudah berupaya mengawal tidur. Bayi akan terjaga dengan sendirinya dan menunjukkan tanda lapar setiap satu hingga dua jam serta berjaya menyusu sehingga kenyang sebelum tidur lena. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir bayi yang berumur lebih awal daripada usia itu menunjukkan keadaan yang sama. Punca Kerap Tertidur Satu jam pertama sejurus bayi dilahirkan adalah waktu paling aktif dan anda amat digalakkan untuk memulakan penyusuan. Dalam tempoh ini, menerusi sentuhan kulit ke kulit, bayi akan mengenali bau, payu dara dan puting. Di fasa ini, bayi akan menghisap dengan aktif sebelum mula mengalami keadaan di mana dia akan kerap tertidur. Bayi baharu lahir perlu belajar banyak perkara baharu di mana ia sama sekali berbeza daripada keadaan ketika dia berada di dalam kandungan. Demikian juga halnya dalam aspek mengawal tidur dan jaga. Secara purata, bayi berumur dua hingga tiga minggu akan tidur 16 hingga 18 jam sehari dan jumlah waktu tidur ini berkurangan mengikut perkembangan umurnya. Ketika menginjak usia dua bulan, dia hanya tidur sembilan hingga 10 jam sehari. Secara fitrah, manusia memerlukan ritma tidur-jaga yang sekata (circadian rhythm) iaitu tidur di waktu malam dan berjaga di waktu siang untuk kekal sihat. Walau bagaimanapun, bayi baharu lahir tidak mempunyai ritma yang sekata kerana kelenjar di otak belum cukup matang untuk menghasilkan hormon yang membuatkan rasa mengantuk (melatonin) dan hormon yang membuatkan rasa sedar atau berjaga (cortisol). Justeru, ramai bayi yang masih belum kenyang tetapi tertidur semasa menyusu. Bayi yang didakap erat semasa menyusu membuatkannya lebih tenang dan lebih mudah tertidur. Namun, anda perlu mengetahui tentang dua fasa tidur bayi iaitu active sleep mengambil tempoh yang lebih lama daripada quiet sleep. Maka, semasa menyusu bayi akan mula tidur dalam fasa active sleep di mana dia mudah terjaga jika sentiasa dirangsang. Jika bayi dibiarkan terus tertidur, dia akan masuk fasa quiet sleep, seterusnya berhenti menyusu. Berdasarkan fakta-fakta ini, berikut adalah panduan bagi mengatasi bayi kerap tertidur semasa menyusu. 1. Pastikan anda mengejutkan bayi daripada tidur setiap dua jam jika bayi selalu tidur melebihi dua jam. Ini bagi memastikan bayi mendapat nutrisi susu ibu yang secukupnya. Secara tidak langsung, dapat mengelakkan bengkak payu dara atau saluran kelenjar tersumbat terutamanya di minggu pertama kelahiran. 2. Jika bayi amat sukar dikejutkan, lakukan urutan lembut dan senaman otot tangan dan kaki. Anda juga boleh bercakap dengan bayi dalam nada yang boleh mengejutkannya (bukan bertempik). Gunakan kreativiti lain seperti menyanyi riang atau berselawat apabila melakukan urutan dan senaman. Setelah bayi betul-betul terjaga, usap tepi mulut bayi dengan jari untuk merangsangnya supaya mencari puting (rooting reflex). Mulakan penyusuan secepat mungkin sebelum bayi merajuk. 3. Semasa bayi menyusu, jangan beri peluang kepadanya untuk masuk fasa tidur active sleep. Gunakan pelbagai kreativiti seperti merangsang dia dengan kerap supaya sentiasa menyusu dengan aktif. Contohnya mengurut atau menggerakkan tangan dan tapak kakinya, bercakap-cakap tentang kasih sayang kepadanya dan menggeletek lembut belakang atau tapak kakinya. 4. Sesekali, anda boleh menekan payu dara antara ibu jari dan beberapa jari lain seperti memerah apabila bayi berhenti menghisap. Teknik ini akan mengalirkan susu keluar ke dalam mulut bayi dan boleh merangsangnya untuk terus menghisap. 5. Pastikan penyusuan bayi yang kerap tertidur ini lebih lama daripada bayi yang aktif menghisap. Apabila bayi kerap tertidur membuatkan susu yang diambil tidak cukup. Jika bayi tidak kenyang, ini bukan kerana ibu tidak cukup susu. Jumlah susu yang bayi terima amat bergantung kepada keaktifan bayi menghisap. Jika kurang aktif menyusu, panjangkan tempoh penyusuannya. Tiada jangka masa yang tertentu tetapi pastikan bayi menghisap sehingga dia melepaskan puting dengan sendirinya. Jika anda tidak pasti sama ada bayi berhenti menyusu kerana sudah kenyang atau terlelap, cuba tarik keluar puting perlahan-lahan. Sekiranya mulut bayi masih membuat gerakan menghisap, teruskan penyusuan. Jika sebaliknya, anda boleh menghentikan penyusuan. Pemberian susu formula bukan penyelesaiannya. 6. Menyusu bayi dalam posisi berbaring boleh membantu mengurangkan keletihan akibat penyusuan yang lama. Anda boleh berehat sambil menyusukan bayi. Terdapat punca lain yang menyebabkan bayi sering tertidur dan tidak aktif seperti pramatang, kurang gula dalam darah, sindrom Down dan hypothyroidism. Bayi ini biasanya tidak aktif walaupun dalam keadaan jaga dan biasanya mempunyai simptom lain. Anda perlu membawa bayi berjumpa pakar untuk kepastian. Sumber: PAMA

Tuesday, September 17, 2013

Tips menyusukan bayi dengan susu ibu selepas bersalin Cesarean

Menyusukan bayi terutamanya pada seminggu pertama sememangnya mencabar - baik bagi mereka yang bersalin cesarean atau bersalin normal kerana pada waktu itu badan masih lagi sakit-sakit dan tidak kuat. Tambahan pula, pada waktu ini kebiasaannya bayi sentiasa ingin menyusu kecuali bagi kes-kes bayi menangis, jaundis dan kes2 tertentu yang mana bayi asyik tidur saja. Pada hakikatnya, seminggu pertama adalah waktu dimana badan mengeluarkan kolostrum yang sangat berkhasiat untuk bayi. Namun begitu, keadaan badan yang masih sakit-sakit, lemah dan tidak kuat menyebabkan ada ibu yang baru lepas bersalin mengalami masalah untuk menyusukan bayi. Boleh stress pulak jadinya. Tips yang boleh diberi perhatian ialah : 1. Dapatkan sebanyak mungkin informasi tentang penyusuan susu ibu sebagai persediaan. Kini terdapat banyak forum (dalam Malaysia & luar negara) yang membincangkan tentang masalah-masalah penyusuan. Jadi, Yati boleh google dan baca. Antaranya ialah susuibu.com yang menyediakan forum perbincangan tentang penyusuan dalam bahasa. 2. Semasa menyusukan baby, cuba cara-cara berikut : i. Menyusu sambil berbaring secara mengiring dan alas belakang dengan bantal. Sebaik-baiknya minta bantuan suami, ibu atau mereka yang menjaga sewaktu didalam pantang untuk membantu menyusun dan meletakkan bantal dibelakang. Ini sebagai support supaya badan rasa selesa dan tidak terasa penat dibahagian belakang. Sambil tu, boleh lah tidur sekali :) ii. Jika ingin menyusukan bayi sambil duduk, sebaik-baiknya duduk diatas sofa atau kerusi agar boleh bersandar. Dibahagian depan pula, letakkan bantal sebagai alas perut supaya tidak sakit dibahagian cesarean sewaktu menyusukan bayi. Tapi perlu diingatkan, sewaktu menyusukan bayi, dibahagian luka cesarean akan terasa sakit kerana menyusukan bayi membantu rahim mengecut dengan lebih cepat. Jadi… kena lah tahan sikit kalau ada rasa sakit ye. 3. Selepas menyusukan bayi (terutamanya pada minggu pertama), sebaik-baiknya pam kedua-dua buah dada dengan pam susu. Ini bertujuan untuk memberi isyarat kepada tubuh agar mengeluarkan lebih banyak hormon prolaktin. Seelok-eloknya, belilah pam yang bagus antaranya brand Avent, Spectra dan Medela. 4. Dalam minggu pertama juga, kalau tak larat sangat, bagi dulu susu badan. Tapi kalau baby masih jugak menjerit, boleh top up dengan susu formula tapi dalam kuantiti yang sedikit saja (contohnya 2 ke 3 auns sahaja.). Minta orang lain yang berikan (suami, ibu atau sedara mara yang jaga Yati). Sambil tu, pam susu antara 10 ke 15 minit - yang ni kena buat juga, jangan skip supaya badan dapat isyarat untuk keluarkan lebih banyak susu. Bila ada masa free (contohnya baby tengah tidur), pam lagi untuk 10 ke 15 minit. Kena rajin sikitlah untuk seminggu pertama ni. Insya Allah, lepas tu mesti baby minum susu sampai tersedak-sedak. 5. Makanlah buah kurma, jus pegaga dan habbatussauda semasa dalam pantang sebagai supplemen tambahan. Lagipun kurma dan habbatussauda memang terkenal dengan khasiatnya yang banyak. Disamping membantu menambah tenaga, ia juga dapat membanyakkan susu badan. Disamping itu, minum air suam juga penting. Bagi sesetengah amalan dalam masyarakat Melayu, ibu yang masih didalam pantang selepas bersalin tidak digalakkan minum air dengan banyak. Kalau macam tu, susah lah badan nak keluarkan susu sebab tak cukup air dalam badan. Sumber:tip dan petua blogspot.com

Tips Melentikkan Bulu Mata Bayi

Setiap ibu bapa pasti mahukan bulu mata anak yang lentik dan menarik..terutamanya bagi anak perempuan. Disini ada petua bagi ibubapa yang ingin berbuat demikian..Untuk melentikkan bulu mata bayi, setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sapukan susu ibu ke bulu matanya. Anda akan dapati bulu mata bayi anda akan menjadi bertambah lebat, lentik dan cantik.

Monday, September 16, 2013

Tips Pemakanan Bagi Ibu Semasa Menyusu Badan

Beri tumpuan kepada wholegrain dan bijirin, buah-buahan segar, sayuran dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi. Adalah sangat penting untuk minum air dengan secukupnya untuk memastikan anda sentiasa well hydrated semasa menyusu. Minumlah 8-10 gelas sehari, ketika menyusu badan, oxytocin dirembeskan dan ini akan membuat anda merasa dahaga, tetapi ia tidak mengurangkan bekalan susu anda. Semasa mengandung, cuba kurangkan pengambilan minuman berkafin atau alkohol. Kafina bleh berkumpul di dalam susu badan dan boleh menyebabkan bayi anda terganggu. Anda boleh meneka ada sesuatu yang tidak kena pada pemakanan anda sekiranya ia menyebabkan bayi anda menangis, fussy atau tidak dapat tidur dengan nyenyak. Makanlah vitamin dan zat besi secukupnya semasa hamil supaya anda tidak mengalami anemia semasa hamil dan semasa pantang. Amalkan memakan tablet kalsium kerana ia merupakanbahan yang penting untuk membina tulang bayi. Ramai ibu yang menyusukan bayi kekurangan kalsium lebih-lebih lagi selepas penyusuan eksklusif.

Friday, September 13, 2013

BAJU KURUNG MENYUSU SUMAIYAH

Baju Kurung Menyusu Sumaiyah ini merupakan kain cotton viscose yang sangat sejuk dan selesa dipakai.. dijahit dengan jahitan tindih kasih. Hanya RM80 termasuk pos..


SY 01 Saiz S,M(SOLD) & L


SY 02 Saiz S, M(SOLD) & L

Friday, September 6, 2013

BAJU KURUNG MENYUSU SAFIYA

Baju Kurung Menyusu Safiya ini merupakan kain cotton yang sangat sejuk dan selesa dipakai.. dijahit dengan jahitan tindih kasih. Hanya RM100 termasuk pos..

SY01 Saiz M

SY02 Saiz M & L

SY03 Saiz L

BAJU KURUNG MENYUSU ZAHRA

Baju Kurung Zahra ini dijahit dengan jahitan tindih kasih dan merupakan kain cotton Korea yang sangat sejuk dan selesa dipakai. Hanya RM150 sepasang termasuk pos..SOLD OUT


ZH01 Saiz S, M (SOLD) & L


ZH02 Saiz S, M (SOLD) & L

BAJU KURUNG MENYUSU ALIYA

Baju Kurung menyusu Aliya diperbuat daripada kain cotton yang sangat sejuk dan mempunyai jahitan sulam diseluruh baju. Harga hanya RM120 termasuk pos...

AL01 Saiz S

AL02 Saiz S

AL03 Saiz S

AL04 Saiz S

AL05 Saiz S (SOLD)

AL06 Saiz S

AL07 Saiz S


AL08 Saiz S

AL09 Saiz XS

AL010 Saiz XS